Sekitar Perairan Kuala Perlis & Langkawi

Maaf kepada kawan kawan PB kerana lama tidak update blog nie.
Baru baru ini Pasukan PB telah menjelajah Persekitaran Perairan Kuala Perlis dan Perairan Langkawi.
Malangnya hasil yang diharap tidak seberapa. Mungkin ada faktor faktor yang menyebabkan tangkapan yang amat kurang . Apapun kami menyalahkan Tekong yang membawa kami .Tak tahu tapi buat pandai.
Salam untuk setakat ini.

Pemancing kental


Deqone mabok laut


Pro perambut


Tak mabok pun !!!


Mus reja dok lena Ja..


Spender Man


Macam pi makan angin ja


Ni orang kuat PB



Pada 16hb April 2011 ( Sabtu ) Pasukan PB Joran telah bertolak ke Batu Kawan Pulau Pinang . Destinasi pada kali ini ialah di Pulau Aman . Pasukan PB Joran pada hari tersebut telah disertai seramai 16 orang .. Pulau Aman ada lah sebuah pulau yang cantik dan damai dimana cuma ada beberapa rumah dan segelintir penduduk yang tinggal disitu. Persekitaran yang bersih dan keramahan penduduk disitu amat sesuai untuk Pulau Aman dilawati.
Kami menginap atau bermalam di Jetty lama yang berbumbung dan besar kawasannya.. Kami tiba di Jeti tersebut pada pukul 6.30Pm dan terus memasang alatan memancing untuk memancing .. Ikan- Ikan di kawasan ini tidak lah begitu memuaskan cuma ada ikan duri , gelama , Pari kecil dan Tapak Sulaiman.Hasil Tangkapan agak memuaskan , boleh dikatakan semua yang pergi dapat mendaratkan ikan disitu..Rasanya pada malam itu sahaja kami berjaya memancing 100 ekor lebih ikan-ikan yang ada disitu.

Pada keesokan hari Tekong kami iaitu Abang Li telah berjaya mencari tempat yang lebih mencabar .. Kami telah dibawa ke Sangkar Pemeliharaan Ikan ..Disana kami berjaya mendapat ikan ikan besar seperti Ikan Jenahak , Sembilang , Siakap , Talang dan Ikan Merah.. keadaan arus yang kuat menyebabkan penangkapan kurang tapi alhamdulillah ekspidisi ke Pulau Aman memberi kami pengalaman yang bermakna dan keseronokkan yang kami tak dapat dilupakan .

Perkarangan Jetu Batu Kawan