Pada 16hb April 2011 ( Sabtu ) Pasukan PB Joran telah bertolak ke
Batu Kawan Pulau Pinang . Destinasi pada kali ini ialah di Pulau Aman . Pasukan
PB Joran pada hari tersebut telah disertai seramai 16 orang .. Pulau Aman ada
lah sebuah pulau yang cantik dan damai dimana cuma ada beberapa rumah dan
segelintir penduduk yang tinggal disitu. Persekitaran yang bersih dan keramahan
penduduk disitu amat sesuai untuk Pulau Aman dilawati.
Kami menginap atau bermalam di Jetty lama yang berbumbung dan
besar kawasannya.. Kami tiba di Jeti tersebut pada pukul 6.30Pm dan terus
memasang alatan memancing untuk memancing .. Ikan- Ikan di kawasan ini tidak
lah begitu memuaskan cuma ada ikan duri , gelama , Pari kecil dan Tapak
Sulaiman.Hasil Tangkapan agak memuaskan , boleh dikatakan semua yang pergi
dapat mendaratkan ikan disitu..Rasanya pada malam itu sahaja kami berjaya
memancing 100 ekor lebih ikan-ikan yang ada disitu.
Pada keesokan hari Tekong kami iaitu Abang Li telah berjaya
mencari tempat yang lebih mencabar .. Kami telah dibawa ke Sangkar Pemeliharaan
Ikan ..Disana kami berjaya mendapat ikan ikan besar seperti Ikan Jenahak ,
Sembilang , Siakap , Talang dan Ikan Merah.. keadaan arus yang kuat menyebabkan
penangkapan kurang tapi alhamdulillah ekspidisi ke Pulau Aman memberi kami
pengalaman yang bermakna dan keseronokkan yang kami tak dapat dilupakan .